Thursday 27 October 2011

PERNIAGAAN BENGKEL JAHITAN (MENJAHIT BAJU KURUNG, BAJU MELAYU, dll) DI KAWASAN TRONOH, SERI ISKANDAR DAN SEKITAR MUKIM BELANJA.


Salah seorang peserta eKasih Daerah Kinta yang telah mendapat bantuan Projek Ekonomi, sedang menjalankan perniagaan bengkel jahitan. Justeru itu, kepada orang ramai yang berada di kawasan Tronoh, Sri Iskandar atau di sekitar Mukim Blanja yang memerlukan perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi beliau. Dengan ini diharapkan akan dapat membantu meningkatkan pendapatan beliau sekaligus membantu mengeluarkan beliau daripada kelompok kemiskinan. Maklumat peserta tersebut adalah seperti berikut:


Nama           : Puan Noorazlindarisham

No. Telefon  : 012-5606603

Pengalaman : Menjahit baju kurung, baju melayu, jahit tepi dan lain-lain lagi.



Caj yang dikenakan:

Baju kurung (kanak-kanak) = RM10 - RM15
Baju kurung (dewasa) = RM20 - RM25
Baju Melayu (kanak-kanak) = RM 26
Baju Melayu (dewasa) = RM 36
Jahit tepi sepasang = RM 1.20

Dan lain-lain lagi.

**Kadar caj di atas tertakluk kepada perubahan atas budi bicara antara penjual (peserta) dan pembeli (penerima perkhidmatan).






PERNIAGAAN BENGKEL BESI (MEMBUAT PARANG, PEDANG, PISAU, GOLOK, dll.) DI BATU GAJAH DAN DI SEKITAR MUKIM SUNGAI TERAP.


Salah seorang peserta eKasih Daerah Kinta yang telah mendapat bantuan Projek Ekonomi, sedang menjalankan perniagaan bengkel besi (membuat parang, pedang, pisau dan sebagainya). Justeru itu, kepada orang ramai yang berada di kawasan Batu Gajah atau di sekitar Mukim Sungai Terap yang ingin menempah parang, pedang, pisau dan lain-lain bolehlah menghubungi beliau. Dengan ini diharapkan akan dapat membantu meningkatkan pendapatan beliau sekaligus membantu mengeluarkan beliau daripada kelompok kemiskinan. Maklumat peserta tersebut adalah seperti berikut:


Nama           : Encik Muzat Bin Yang

No. Telefon  : 012-5118215

Pengalaman : Membuat pelbagai jenis alatan besi seperti parang, pedang, pisau, golok dan lain-lain.


Kadar yang dikenakan: Bergantung kepada jenis peralatan yang ditempah.




PERNIAGAAN MENJUAL NASI LEMAK BERLAUK, KARIPAP, KUIH-MUIH DAN LAI-LAIN DI SRI KANTHAN DAN SEKITAR MUKIM ULU KINTA (CHEMOR).


Salah seorang peserta eKasih Daerah Kinta yang telah mendapat bantuan Projek Ekonomi, sedang menjalankan perniagaan menjual nasi lemak. Justeru itu, kepada orang ramai yang berada di kawasan Sri Kanthan atau di sekitar Mukim Ulu Kinta (Chemor) yang ingin mencuba masakan beliau, bolehlah mengunjungi gerai beliau di hadapan pasar basah Kanthan, Chemor. Selain itu, beliau juga membuat karipap berdasarkan tempahah yang diterima. Dengan ini diharapkan akan dapat membantu meningkatkan pendapatan beliau sekaligus membantu mengeluarkan beliau daripada kelompok kemiskinan. Maklumat peserta tersebut adalah seperti berikut:


Nama           : Puan Zarina Begum a/p Perjan Ali

No. Telefon  : 016-5194980

Pengalaman : Menjual nasi lemak berlauk, kuih-muih, membuat tempahan karipap dll.



Kadar yang dikenakan: Bergantung kepada jenis lauk dan masakan serta kuih-muih.